Saturday, October 19, 2013

INikaH yang DInamakan pengorbanan??

assalamualaikum w.b.t

lama tak mem "blog"
 perasaan seorang perantau di bumi borneo..
sudah 3 tahun xbalik raya aidiladha...
well.. kadang2 tu rasa jugakla sedih...
ye la... tak balik raya kut..
3tahun pulak tu..
inikah yang dinamakan pengorbanan??
suratan atau satu kebetulan??
last2 menaip kat sini jugak... hehe

tapi setiap yang berlaku mesti ada hikmah...
tak balik raya... Allah gantikan kita dengan pengalaman..
pengalaman yang bukan senang untuk dapat kalau tak cari ye tak?
first takbir dipagi raya.... time tu la... rasa macam2.. telefon mak ayah
 ish2 fefeeling....

macam kebiasaan... pagi raya... mandi sunat hari raya..
lepas tu makan sama2... orang ain makan dengan family kat kampung... tapi aq makan dengan housemates...
tapi itu satu kepuasan
terubat jugak rasa rindu rumah..
lepas tu mesti la pergi takbir raya solat sunat aidiladha
huh~~ :)
khutbah yang paling dekat ngan diri pelajar...
terima kasih pak khatib
" anak yang soleh sudah tentu pandai, tapi anak yang pandai belum tentu soleh"

power ayat tu.. terus imbas diri... - dah la tak berapa pandai.... soleh ?? macam jauh panggang dari api..

hmmmm well... hidup kat dunia ni pon sementara.. ( not linked)

pastu beraya sakan la kita.....
biasalah nk dibandingkan dengan kampung sendiri...

hujan emas dinegeri orang , hujan batu di negeri sendiri...

 apa pon yang ada kat negeri orang negeri sendiri jugak yang dicari... :)

#wellSaid

tapi pengalaman tu penting..
kadang2 apa yang Allah pilih untuk kita itulah yang paling tersangatlah baik untuk kita... (kalau cikgu BM aku baca mahu dimakinya ni ) hehe sorry cikgu ! :)

tugas kita ni je perlu syukur, ikhlas dan redha atas ketentuannya..

dan selepas itu...
buat pertama kalinya seumur hidup aku. aq tolong orang "lapah daging"
walaupun hanya sekadar membantu... hehhehe... tak pegang pisau pun... ngeri...

hehehe

ok lah daripada sebelum ni... hanya sekadar pemerhati dan makan.. :)

dapatlah jugak rasa daging korban.. yang sudah 2 kali raya tidak merasa daging korban.. pengubat perut.. SUP GEAR BOX KUT!!

#rayaKEDUA

kami budak rumah discuss cam mana nak habiskan stok daging korban.. yang bayak itu..
alhamdulillah dengan kata sepakat kami pon datang dengan satu cadangan... buat jamuan...
"open house" katanya...

untuk kaum adam semuanya... buat sup.. daging panggang... hidang untuk semua orang..
excited gila kut... bila buat majlis.. dan dihandle sendiri..

seronok pon ada...

alhamdulillah rezeki daripadaNya, tuhan yang memberi rezeki

#rayaKetiga..
kelas pon da start.... so kembali lah kepada rutin harian yang biasa dan memboringkan....

:)

















Thursday, July 18, 2013

puasa....

hai... assalamualaikum w.b.t

haihh.. lama tak online hari ni da hari ke 9 puasa... sedar tak sedar... wahhh.. terasa indah nya ini bulan....
cuti sem... dahabis pon 2 tahun aku belajar nun jauh di oversea... ada lagi 2 tahun... huh~!~~ tak sabarnya nak habis... insyaallah lagi 2 tahun.. mintak2 la x extend....

nk GRADUATE oiii... nk jadi engine nyior.... hahahah

kenapa la aku amik kos ni... hahahaha.,...

Friday, June 7, 2013

khutbah hari ini :)

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al-ash r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tujuh macam orang yang tidak akan dilihat oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dan tidak diringankan siksaanya dan diperintahkan masuk neraka bersama-sama orang yang masuk neraka ialah:
  • Pelacur lelaki dengan lelaki (liwat)
  • Orang yang bersetubuh dengan binatang
  • Orang yang onani
  • Orang yang setubuh dengan wanita melalui dubur
  • Orang yang bersetubuh dengan wanita dan anak perempuannya
  • Orang yang berzina dengan isteri tetangganya
  • Orang yang menggangu tetangganya, terang-terangan kecuali jika taubat dengan memenuhi syarat-syarat taubatnya

Wednesday, May 15, 2013

DOA cinta :)


Bismillahirrohmanirrohim.......
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang 
yang melabuhkan cintanya padaMu, 
agar bertambah kekuatanku 
untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang
hatinya tertaut padaMu 
agar aku tidak terjatuh 
dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana 
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling 
daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati 
jika aku rindu,
rindukanlah aku 
pada seseorang yang 
merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah 
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat 
di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah 
jika aku jatuh hati 
pada kekasihMu,
jangan,jangan biarkan aku tertatih 
dan terjatuh dlm perjalanan 
panjang menyeru manusia kpdmu...

Ya Allah 
jika Kau halalkan 
aku merindui kekasihMu, 
jangan biarkan aku melampaui batas 
sehingga melupakan aku 
pada cinta hakiki 
dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin Amin Ya Robbal'alamin...

Monday, April 15, 2013

we are their inspiration!!` :)

haii assalamualaikum w.b.t
dari tanggal 12-14 April 2013 saya join program sukarelawan inspirasi kenyalang.. 
di kampung baharu sibu sarawak
nak masuk ni... perkara yang paling diperlukan untuk melayakkan diri ialah 
SUKA dan RELA
kalau antara satu ini tidak anda
mesti anda akan berputus ditengah jalan..
ya... adalah beberapa orang yang menarik diri...
SEBAB?? 
lu pikir lah sendiri

lepas dah sudi dan rela..


dapatla t-shirt nametag file dan badge

FIRST DAY

pagi 6.30 berkumpul di BHEP UNIMAS GEMILANG
dan bertolak pada pukul 8 pagi dari UNIMASterus ke tempat kejadian

dalam pukul 4.30 petang kami tiba di kampung baharu
kami disambut dengan pukulan kompang.. selawat keatas nabi dan dengan kalungan rantai
yang menunjukkan.... kebudayaan itu sendiri
dan di sini segalanya bermula...

dibahagikan kepada ibu/bapa angkat masing2
the best part untuk hari pertama.
buat pertma kali nya aku rasa aku betul2 berada di sarawak
dengan kedudukan kampung baharu /kampung hilir ditebing sungai rajang (sungai terpanjang di Malaysia)
rumahnya di atas air..
tatkala pasang kami tidur diatas air.. dan di
dalam rumah panjang yang terkenal di sarawak.

AKU TAHU AKU DI SARAWAK
dan AKUSUKAKANNYA!


malam pertama disana 
kami mulakan modul bersama penduduk kampung dari yang kanak2 remaja hinggalah golongan ibu dan bapa

bertujuan memberi pendedahan kepada mereka
serta memberi beberapa maklumat.. dalam lingkungan kelompok yang kecil

aku diberi tugas untuk kanak kanak
well kanak... sehati dengan aku.. hahahah  :)


SECOND DAY

seawal pagi kami mulakan dengan gotong royong membersihkan kampung..
dan surau.. dan kawasan sekitar

mewarna suraudengan cat yang baharu


bersih jangan tak bersiih

pad apetang nya pula 
bersiap sedia untuk persembahan pada malam hari..


dikir barat

ngular...
i love this reptile!! python

malam harinya pula.. :) berjimba
bertetak!! happy2


penyapu BAND

model gigi ARnab


with the Good Guy

with my family chip choc :) <3

kamil... cake haahha :)


MENCIPTA KONTROVERSI








WITH THE KIDS

budak2 yang selalu ada.
hahah.. kejap2 ad je cerita yang nk diceritakan..
abg2.. 
abg... bla bla bla..
i miss them!1


yang ni sorang special sikit
AYEN nama nya..
anak ketiga dari 12 adik beradik.. bole bayangkan??
baru umor 11 tahun.. dah jadi adik aku da yang ni. sorang taiko besar ni gangster sekolah. asyik2 gaduh pukul orang tak thu la kenapa......  tapi kalo kena cara nya.. senang  je pujuk budak2 ni.. dari kecil da diajar berdikari. anyway aku tahu satu dia sebenarnya budak yang baik.. cuma perlukan perhatian je.. 
part yang best hari last... muka control macho time kitaorng nak balik.. kitaorg naik bas.. dia dah duk tak senang.. kesana kemari.. last2 duk srg2 muka tunduk kat bawah.. terus berubah muka..  hahhaah.. Ayen2.. 

untuk ayen :) 

aku da tak bawak balik apa2 da.. cuma kenangan dan kasih syang.. moga terpahat terus terpatri
cuma aku ada terjanji dengan budak2 tu sebelum pintu bas tutup.. 
budak2 tu cakap : abg... kelak datang agik.. kmek org tunggu 
janji bang siap dengan jari kelingking lagiii.. 
part paling sedih ngan budak2 tu
tak sanggup aku nak tolak janji tu... hurmmm..
insyaallah aku meninggalkan IMPAK kepada kanak2 di situ
dan mereka memberi IMPAK YANG MAKSIMA kepada aku juga
satu pengalaman yang begitu berharga

kampung Baharu... Kampung yang penuh kasih sayang



MAJLIS PERPISAHAN


no!! i am not crying!

the boys gone bad

my FAMILY sia!! di sibu nun!~> family Angkat jangan sampai terangkat..
sekiaan  :)


Wednesday, April 3, 2013

zaman peralihan :)



ZAMAN kecil

aku dibesarkan macam biasa macam budak budak lain.. tapi mungkin berbeza dari didikan... happy.. main2 macam biasa.. dan aku kenal apa itu rotan, ranting. Hanger dan penampar...
aku diberi membuat pilihan.. tapi mesti mendapat persetujuan. aq hampir dapat semua yang aku ingin kan... tapi sejak kecil.. aku sudah pandai berfikir... (meminta atas kemampuan)

dan sekarang ini lah aku.. moga menjadi manusia yang berguna kelak . Insyaallah
terimakasih ma, abah

zaman ini jugalah aku mengenal erti keperitan dalam hidup..

ZAMAN remaja

mengikut hati.. tapi masih bergantung kepada ma / abah aku...  mula merasakan diri aku ni besar..
buat apa sahaja.. (tapi aku masih tahu batas) mungkin kerana memilih kawan yang bagus.. / rajin dan sebagainya... aku tak nakal.. lebih nerd :) peace!

 terima kasih kawan... :)

belajar untuk masa depan... bukan terpaksa,, tapi itulah.. hidup memerlukan semua itu...
tiada usaha, tiadalh kejayaan... tiadalah masa depan

terima kasih cikgu :)

bukannya pandai sangat, tak berapa nak rajin jugak,, tapi yang penting bijak berfikir
 kawan ialah segala nya



ZAMAN Di Matrikulasi

walau hanya setahun di kolej matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
aku lebih kenal dunia aku.. lebih peka dengan budaya luar.. lebih peka dengan orang diseluruh malaysia.. sebab sebelom ini hanya dikampung..  berjumpa dengan semua orang dari seluruh malaysia.
dengan pelbagai jenis loghat.. tapi itulah keunikannya...

dari sini aku belajar berdikari.. tapi sebenarnya tidak seberapa..

nasib baik lah ada kawan2 yang banyak mengajar aku erti persahabatan.. erti kasih sayang... dan erti kehidupan yang sebenarnya... :)

kawan yang memberi nasihat dalam gurauan.. aku terima hingga sekarang.. serious aku rasa  benda tu... melekat dalam hati aku... sampai sekarang !

tak pernah aku rasakan stress belajar... tapi stress lepas dapat results HEHEHE~

terimakasih sahabat :)

ZAMAN Di UNiMaS

hmm.. unimas.... aku tak pernah berjalan atas kaki aku sendiri.. tapi kali ini aku perlu..
sebab... di universiti.. janganlah berharap akan kebaikan orang lain... cari diri sendiri bergerak.. berdikari..

ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEBELOM KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAHNYA..

pegang ayat itu,... BERUBAH LAH...

hanya diri kita yang boleh ubah diri kita sendiri.. tak ada orang lain pon...
tapii... aku ada kawan yang bole bersama dengan aku mengubah nasib diri masing2.
nasihat menasihati... satu nasihat dari seseorang  akan aku masukkan terus ke hati... biar ia tersemat.. :)

terima kasih semua... :)

andai dunia ini memerhati
akan terlihat olehnya besarnya kasih sayang ku terhadap kamu semua..
mungkin aku tidak pernah tahu caranya untuk aku menunjukkan sayangku..
tapi Allah sahaja yang tahu besarnya cinta itu...
mungkin kekhilafanku. membuatmu benci.
maafkan lah diri ini.. kerana aku hanya seorang insan biasa...
lemah pada mata ilahi
kerdil kecil, diriku sehinggakan aku tidak sedar besarnya kesalahanku...

moga kita bersatu didunia dan disyurga yang hakiki.. amiin... :)














Monday, January 21, 2013

We Are Friend!~ Friend Forever

assalamualaikummmm .... w.b.t
18-20/1/2013
reunion bebudak practicum Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
F2P8
di Penanag..

aku dari UNIMAS
terbang terus ke penang
walaupun banyak yang menghalang.. 
at least.. aku bole jumpa diorang
huhuhuhu:)


from Kuching International Airport - Penang International Airport



satu side daripada Pulau Pinang

kat bawah biarlah gambar yang berbicara





laici kang kang kang

BBQ night

















bowling time!!~~~


then balik semalam.... wahhh
dapat makn nasi kandaq..
makan char kuew teaw.
pergh.. ap yang kat kepala.. dpt dipenuhi
ngeh2..
bilalah lagi nk jumpa...
hahhaah :) nmpak nye lepas graduate la kut
hahahah
gonna miss you guys.
love you oll lah... hahah
friend for life beb!!!!