Wednesday, April 3, 2013

zaman peralihan :)



ZAMAN kecil

aku dibesarkan macam biasa macam budak budak lain.. tapi mungkin berbeza dari didikan... happy.. main2 macam biasa.. dan aku kenal apa itu rotan, ranting. Hanger dan penampar...
aku diberi membuat pilihan.. tapi mesti mendapat persetujuan. aq hampir dapat semua yang aku ingin kan... tapi sejak kecil.. aku sudah pandai berfikir... (meminta atas kemampuan)

dan sekarang ini lah aku.. moga menjadi manusia yang berguna kelak . Insyaallah
terimakasih ma, abah

zaman ini jugalah aku mengenal erti keperitan dalam hidup..

ZAMAN remaja

mengikut hati.. tapi masih bergantung kepada ma / abah aku...  mula merasakan diri aku ni besar..
buat apa sahaja.. (tapi aku masih tahu batas) mungkin kerana memilih kawan yang bagus.. / rajin dan sebagainya... aku tak nakal.. lebih nerd :) peace!

 terima kasih kawan... :)

belajar untuk masa depan... bukan terpaksa,, tapi itulah.. hidup memerlukan semua itu...
tiada usaha, tiadalh kejayaan... tiadalah masa depan

terima kasih cikgu :)

bukannya pandai sangat, tak berapa nak rajin jugak,, tapi yang penting bijak berfikir
 kawan ialah segala nya



ZAMAN Di Matrikulasi

walau hanya setahun di kolej matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
aku lebih kenal dunia aku.. lebih peka dengan budaya luar.. lebih peka dengan orang diseluruh malaysia.. sebab sebelom ini hanya dikampung..  berjumpa dengan semua orang dari seluruh malaysia.
dengan pelbagai jenis loghat.. tapi itulah keunikannya...

dari sini aku belajar berdikari.. tapi sebenarnya tidak seberapa..

nasib baik lah ada kawan2 yang banyak mengajar aku erti persahabatan.. erti kasih sayang... dan erti kehidupan yang sebenarnya... :)

kawan yang memberi nasihat dalam gurauan.. aku terima hingga sekarang.. serious aku rasa  benda tu... melekat dalam hati aku... sampai sekarang !

tak pernah aku rasakan stress belajar... tapi stress lepas dapat results HEHEHE~

terimakasih sahabat :)

ZAMAN Di UNiMaS

hmm.. unimas.... aku tak pernah berjalan atas kaki aku sendiri.. tapi kali ini aku perlu..
sebab... di universiti.. janganlah berharap akan kebaikan orang lain... cari diri sendiri bergerak.. berdikari..

ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEBELOM KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAHNYA..

pegang ayat itu,... BERUBAH LAH...

hanya diri kita yang boleh ubah diri kita sendiri.. tak ada orang lain pon...
tapii... aku ada kawan yang bole bersama dengan aku mengubah nasib diri masing2.
nasihat menasihati... satu nasihat dari seseorang  akan aku masukkan terus ke hati... biar ia tersemat.. :)

terima kasih semua... :)

andai dunia ini memerhati
akan terlihat olehnya besarnya kasih sayang ku terhadap kamu semua..
mungkin aku tidak pernah tahu caranya untuk aku menunjukkan sayangku..
tapi Allah sahaja yang tahu besarnya cinta itu...
mungkin kekhilafanku. membuatmu benci.
maafkan lah diri ini.. kerana aku hanya seorang insan biasa...
lemah pada mata ilahi
kerdil kecil, diriku sehinggakan aku tidak sedar besarnya kesalahanku...

moga kita bersatu didunia dan disyurga yang hakiki.. amiin... :)














No comments:

Post a Comment

comment yer... hihihi~