Sunday, August 28, 2011

assalamualaikum


salam,assalam,akum,wslm...dll...

NI ADALAH JAWAPAN UST ZAHARUDDIN TTG HAL INI SINGKATAN " SALAM"..

Salam,
Terima kasih atas “teguran” atau “peringatan” yang diberi.

Bagaimanapun, saya tidak lah termasuk di kalangan orang yang bersetuju untuk mensyaratkan assalamualaikum di tulis penuh. Tidaklah saya ketahui apakah dalil khusus yang digunakan bagi mensyarat dan mewajibkannya.

Menurut Islam, yang lebih penting adalah “kefahaman intipati”. Jika anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi menulis ringkasannya. Perlulah memahami Maqasid Shariah (objektif dari hukum Shariah) dalam hal ini. objektif shariah dalam hal memberi salam adalah sunnah dan mendoakan saudara seIslam. Ia dibuat dalam bentuk verbal biasanya. Apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal, bolehlah anda menulisnya dengan lengkap, tetapi di kala tidak formal, yang penting maksud shariahnya sampai.

Tulisan “salam” atau “akum” atau “askum”, sudah tentulah bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat. Sebagaimana singkatan “utk”, “dsbg” dan difahami secara automatik ia adalah bermakna “untuk”, “dan sebagainya”.

Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan menyusahkan dengan perkara amat cabang dan kecil ini, bagi merasakan inidvidu yang menggunakannya adalah salah. Bagi saya, orang yang mengganggap salah itulah yang salah.

Adalah logik dan diterima Syara’ utk menggunakan singkatan bagi lafaz salam di sms, mahupun email danlain-lain tempat yang sesuai, kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang ditujukan.

Saya sebenarnya amat pelik, saya telah selalu membaca dan mendengar pertikaian seperti ini, tetapi ini yangpertama kali saya ditujukan secara peribadi, persoalannya mengapa isu yang sekecil ini juga terdapat perdebatan. amat membuang masa..

Wallahu'alam..

(SAMBUNGAN DARI ANA(kwan aku)) Jika kita berterusan berpandangan cara ini dan menutup pemikiran, pasti satu hari nanti akan ada satu kes baru, bahawa memberi salam mestilah ditulis dalam tulisan Arab sahaja, kerana ejaan Assalamualaikum tidak tepat dari segi bacaan dan panjang pendeknya..
Na'uzubillah dari perbahasan yg hanya akan lebih menyusahkan org awam..

Berikut adalah sebahagian ayat-ayat Al-Quran, yg menggunakan “Salaam” dan membawa maksud yang baik, sama dengan lafaz “Assalamu’alaikum”..

Al-An’am, 54

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka ka...takanlah: "Salaamun alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

Al-A’raf, 46

وَنَادَوْاْ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Dan mereka menyeru penduduk surga: "Salaamun 'alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

Yunus, 10

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ

Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma”, dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" (sejahtera dari segala bencana)

Hud, 69

وَلَقَدْ جَاءتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُـشْرَى قَالُواْ سَلاَماً قَالَ سَلاَمٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاء بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

Hasil daripada pencarian ana, ayat-ayat Al-Quran menggunakan "Salaam" untuk membawa maksud "kesejahteran, dan keselamatan"..

Justeru, bagi ana menggunakan "Salaam" adalah sama sekali tidak salah!~

Yg salah, jika menggunakan kalimah "As-saam" ...sebagaimana datangnya dalam satu hadis yg mana orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja.
“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tambahan Info:
Merujuk kepada Lisanul 'Arab (Salam):
والسُّنَّة لا تختلف في تحية الأَموات والأَحْياء ويشهد له الحديث الصحيح أَنه كان إِذا دخل القبور قال سَلامٌ عليكم دارَ قَومٍ مؤمنين
Dan sunnah tidak ada ikhtilaf dalam tahiyyah kpd org2 mati atau org2 hidup, dan berdalilkan hadis sahih: Sesghnya apabila dia (Rasulullah) masuk ke perkarangan kubur (melaluinya), maka baginda menyebut: "Salamun 'alaikum daara qawmin mu'minin (Keselamatan dan kesejahteraan kepada kamu semua, wahai kediaman kaum-kaum mukninin (penghuninya)"
ويقال السَّلامُ عليكم سَلامٌ عليكم سَلامٌ بحذف عليكم ولم يرد في القرآن غالباً إِلاَّ مُنَكَّراً
Dan disebut: Assalamu'alaikum, Salamun 'Alaikum, Salaam tanpa "alaikum, kebiasaannya (kebanyakannyan) tidak disebut dalam Al-Quran kecuali dalam bentuk nakirah..

Namun, jika disebut As-Salaam yg dimaksudkan dengannya satu Nama/sifat daripada Nama-nama/Sifat-sifat Allah yg Maha Mulia, maka mesti disebut dalam bentuk Ma'rifah..
(Rujukan Lisanul 'Arab)

Wallahu'alam..

kisah cinta


INI KISAH CINTA KU.......
aq alice, seorang gadis yang manja dan  perwatakan menarik. aq selalu mengharapkan kasih sayang drpda seseorang insan yang bergelar kekasih... aq ada seorang boyfriend nmanya jo he's my prince charming..tiap hari dia slalu berikan aq satu teddy bear yang bersaiz sedehana besar... sejak dri prtama kali kami bergelar couple... aq sayang sgt kat dia...
tapi dia tidak pernah skali pun ucapkan i love you kat aq sepanjang perhubungn kami. tak seperti couple2 lain. aq cuba bertanya tapi dia hanya mendiamkan diri takut untuk mnjawabnya...bila aq bersamanya selalu aq rasakan sesuatu yang tak kena. tapi bila dia bersama kawn2nya dia seorang yg sgt ceria. dan selalu gelak bersama. tapi bila dgn aq dia buat aq mcm tunggul kayu yg tak bernyawa... dan aq tak pernah mempersoalkannya....
dan seperti biasa tiap pagi pasti sampai satu teddy bear dihadapan bilik ku... aq dah mula rasa mcm borink dngn hubungn kami... "oh god what is this" aq berkata... xde brg lain ke nk hadiahkan kat ku... tiap ary sme jew..... aq mngluh...

pda hari yang sma aq berjumpa dgn nye.... dlam bergurau aq mminta teddy bear digantikan dengn bunga.... dia hanya tersenyum tak mampu meluahkan kata-kata,...
keesokkannya, teddy bear yang biasa dihantarnya diselitkan juga dngn sejmbak bunga... ternyata dia mengerti apa yang aq guraukan... dan begitulah seterusnya... hari berganti hari...
pada satu hari.. teddy bear yang diahantarnya kali ini diselitkan dengn satu surat....
surat tu ditulis oleh jo menyatakan dia ingin berjumpa dngn ku di tempat pertama kali kami berjumpa iaitu di stesyen bas pada keesokkan harinya... dengan berat hati diselitkan rasa riduku padanya aq pergi berjumpa dengannya...
diseberang jalan sana dia menunggu aq dngan satu teddy bear yang lebih besar drpda biasa... dia dngn muka yg tersenyum manis terus menoleh dan memandangku... dengn bergegas-gegas aq berlari ke arahnya.... tanpa kusedari sebuah kereta hampir melanggarku... aq ditolak oleh sesorang ketepi jalan... dan pada masa yang sama aq mendengar satu hentakan yang kuat... aq ternampak seorang sedang terpelanting jatuh dilanggar kereta tersebut... dia lah hero yang telah menyelamatkan ku... aq mngalami kecederaan luar yang ringan... dlam kesibukkan orng melihat kejadian tersebut aq menyelit dicelah-celah orang ramai itu untuk melihat hero yng telah mnyelamatkan ku td... alangkah terkejutnya aq melihat orang itu adalah jo.... tanpa aq sedari aq menjerit memanggil nmanya dan pada masa yang sama mataku menghamburkan titisan air yang jernih... aq terus memegang erat tangannya dan  mengucup penuh sayang.. dia hanya mmpu menyebut namaku sebanyak beberapa kali dan menghambuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan ku....
teddy bear yang dibawa jo tadi yang terkena percikkan darahnya terus ku peluk  dengn eratnya dan tiba2 berbunyi.. "saya sayang awak" aq terpaku dengan suara jo. ternyata suara tersbut dtngnya dari teddy bear itu dan ia sudah terakam didalam bdan teddy bear tersebut.
sesudah itu selang beberapa hari selepas pemergian jo aq didatangi oleh ibu nya.... dia menyerahkan buku diari kepunyaan jo... :
pada 10 julai esok adalah anniversary aq dngn alice yang ke 100 hari... selama ni aq tak pernah menyatakan yang aku syngkan dia .. selama ini aq hanya mmpu merakamkannya dan meluahkannya dalam pita dan diletakkan dalam stu teddy bear... esok aq janji  aq akn luahkannya dngn mulut ku sendiri.... alice saya syangkan awak.. awak maafkan saya slama nie saya takut nak luahkan apa yang saya rasekan terhadap awk... saya takut tuk nyatakan perasaan saya terhadap awk....
aq mengalirkan air mataku sekali lagi mengenangkan surat.... aq persoalkan... kenapa!!! kenapa jo awak tak sempat luahkan.... knpa awak pergi tanpa sempat awk buat semua tu.... aq meraung...
setelah itu, aq mengumpul kembali semua teddy bear yang pernah diberikan jo.dan bilangannya adalah seratus... dan semua tu mengndungi suara jo yang menyatakan perasaannya terhadapku.... selamat tinggal jo... saya akn simpan semua knangan kita bersama selamanya,,,... love you


kepada yang selalu dan pro n otai cerpen n novel bantulah sya untuk improvekan tulisan saya k??