Wednesday, November 30, 2011

bahasa inggeris tu penting??

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang sangat penting dipelajari dan individu yang menguasai dan belajar Bahasa Inggeris adalah individu yang setapak ke hadapan berbanding orang lain. Hal ini kerana belajar Bahasa Inggeris sangat penting untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian yang lebih tinggi malahan dalam bidang pekerjaan sekalipun terutama untuk temuduga dan urusan kenaikan pangkat, calon yang menguasai bahasa inggeris diberi keutamaan.
Tidak ramai yang menyedari bahawa pendedahan terhadap Bahasa Inggeris sebenarnya bermula sejak kecil lagi. Lihatlah pada rancangan televisyen, siaran radio, lagu dan animasi kartun sebenarnya dipersembahankan dengan menggunakan bahasa inggeris. Oleh itu, di manakah silap agaknya? Amatlah merugikan sekali apabila mengetahui terdapat masih ramai lagi yang tidak menguasai dan mempelajari Bahasa Inggeris dengan sempurna ataupun pada tahap yang membanggakan. Lebih menyedihkan lagi bila terdapat segelintir yang mempersendakan gaya bahasa teman-teman mereka yang baru mula belajar asas bahasa inggeris.

 pada pendapat sya lar kan... knpa kerajaan mmperkenalkan PPSMI?? sbb nk bantu pelajar melayu berjaya dlam KEHIDUPAN.... bukan mahu membebankan.... apa yang sya tengok sekarang nie... kita hanya suka pandang ke blakang... cuba tngok ke depan... skarang sya blajr kat Satu UNIVESITI awam dalam malaysia... berdasarkan pemerhatian saya plajar yang lemah bahasa inggeris susah untuk memahami pembelajaran di universiti... perlu ke manghabiskan masa untuk blajar semula segala basics bahasa inggris bila masuk universiti??? kan membazir masa.... perlu ka bkk kamus kerana hanya ingin mencari satu perkataan yg dipelajari dlam matematik??? matematik tu nombor tambah tolak bahagi darab... bayangkan kalu anak2 kite. bljar bahasa melayu... masuk u belajar lgi matematik... dlam bahasa inggeris nk translate sum pun kna cri kamus... so terpakasa la plak U nie kna bukak klas english in math...

tpi jangn lar bhasa inggeris je buat lar lam dwi bahasa
tperlahan2 pasti berjaya.

 bkn nk memperlekehkan bahasa melayu, bahasa melayu bahasa kita jiwa kita... takkan nk stu je bahasa dlam hidup kita... nk berdepan dengan dunia luar harus berani mencuba..

saya  orang malaysia, saya orang melayu, SAYA SAYANG ORANG MELAYU...MELAYU berani untuk kedepan... JANGAN JADI MANUSIA KEBELAKANG..bahasa bukan untuk dicela tpi untuk diterokai...

t~Q salah silap harap dimaafkan T_T

No comments:

Post a Comment

comment yer... hihihi~